Saturday, March 9, 2013

MENYIKAP KENANGAN LAMA

Petang yang lapang membuat aq tiba2 teringat kisah lama…. Walaupun kisah hidup aq tak sehebat orang lain,, tapi aq tetap merasakan apa yang telah aq alami merupakan pekara terhebat bagi diri aq…
Dengan earphone di telinga dan playlist lagu yang panjang,, ditemani semug Nescafe,, pekara 5 tahun dulu bermain di fikiran…. Tahun yang terlalu pedih untuk diulangi dan tahun yang terlalu mengelirukan aq untu aq mengungkap semua pekara….
Muhd Hafiz Danish,, sebaris nama yang tak akan aku lupakan sampai bila2,, mungkin,, walaupun aq tak kenal empunya nama tu secara berdepan,, tapi dia adalah kawan aq,, sehingga akhir hayat… niat untuk bertanya khabar kawan sekelas telah menemukan kami secara tak langsung… sepupu kawan sekelas,, mereka tukar no tel rupa nya,, tapi,, sebelum itu pun aq dah tahu kewujudan Danish,, sebab dia merupakan teman lelaki kawan baik aq,, zu,,  sejak dari hari tu,, kami selalu berbalas mesej… dengan pengetahuan zu,, sudah tentu… lagipun,, kami hanya kawan… kawan jauh,,, kami tak pernah dengar suara masing2,, berjumpa jauh sekali… tapi,, kawan aq yang merupakan sepupu Danish  memberitahu bahawa, Danish pernah melihat aq di sekolah semasa mehantar dia ke kelas… mungkin… tak pernah aq Tanya Danish,, hubungan kami rapat,, seperti kakak dan adik… dia adik aq,, angah,, dan dia memangil aq along…  senang aq berkawan denganya… tetapi,, semuanya ketentuan allah,, kekasih mana tak cemburu ,, untuk mengelakan aq putus sahabat dengan zu,, aq menjarakan hubungan dengan Danish,, sehinga dia bertanya,,” mungkin kita tak boleh berhubung macam selalu,,” satu baris ayat yang sampai sekarang aq tak tahu,, sama ada betul atau tak keputusan aq… sejak daripada saat itu,, kami tak berhubung… dan hanya mengetahui berita tentang dia melalui zu… sebentar Cuma,, dia mehilang kan diri selepas seketika… dia kembali menghubungi zu selepas kami tamat peperiksaan yang besar,, tapi sebentar juga,,  seperti aq dilupakan terus,, mungkin slah aq,, memutuskan keputusan begitu,, Entah,, aq buntu,, dan sampai sekarang,, dia hilang tanpa berita,, hanya sepupu nya sahaja yang tahu keberadaan nya sekarang,, mungkin…

Muhd Faiz Rohulamin… juga nama seseorang yang tak dapat aq lupakan,, kisah dia tak sebaik dengan Danish,, tapi aq kenal dia kerana dia merupakan rakan sekelas aq yang baru berpindah masa tu… seperti biasa,, aq tak menghirau kan semua rakan sekelas lelaki aq,, kerana diri aq sendiri,, mungkin tak disenangi oleh mereka,, mana tau..  tak di nafikan,, keadaan aq yang begini sering diejek oleh rakan sekelas,, tapi,, aq mengangap itu hanya gurauan dan asm garam kehidupan sendiri.. tetapi dia berbeza,, bukan dia tak mengejek aq,, tetapi kerana cara dia mengenakan aq,, kalau orang lain,, mungkin akan cair,, tapi aq tidak… dengan tidak segan silu,, dia menyatakan dia suka aq,, dihadapan cikgu,, tapi tetap je mengejek aq,, disebkan aq sudah bosan dengan ejekan dan gurauan kawan2 yang lain,, dia aq angap tak ubah macam bergurau,,, tak habis2 dengan gurauan dia yang gila2 tu,, aq tak kisah,, sering kali dia mencuba bermain dengan perasaan aq,, mengatakan rindu,, tetapi aq tahu,, itu hanya gurauan… sehingga dia pindah sekolah kerana dirinya yang aktif bersukan,, aq… rasa kehilangan sebentar,, kerana dia tiada untuk menyakat aq… tapi,, untuk peperiksaan PMR, dia megambilnya di sekolah aq,, dan tempat duduk nya di sebelah aq… hehe.. aq hanya bertegur sapa dengan cara kami,, iaitu perang mulut… hehehe… tak habis2 kami kan?? Semua paper aq jawab dengan tenang,, sehingga kertas terakhir,, iaitu kertas geografi,,, sebelum masuk dewan,, ada seorang kawan aq mengatakan dia mengajak aq couple,, hahah,, aq hanya ketawa,, dan senyap… tapi riak muka dia hanya bersahaja,, tak marah atau suka,,  aq keliru,, sepanjang mengjawab kertas,, aq senyap je,, dan tak tumpu perhatian… mungkin sebab tu,, result aq yang tu je,, kantoi,, yang lain great gila… hahaha… tapi,, disebab kan lepas tu dia terus keluar dan menghilang,, aq ketawa dengan kebodohan diri aq sendiri… tak ada maknanya dia suka aq,, haha.. aq termalu sendiri… dan,, aq teruskan hidup aq sehinga kini,, tapi,, faiz muncul semula sekejap semasa aq tingkatan 5.. dia mulanya menegur aq,, tapi disebabkan aq terkejut,, riak muka aq menyatakan aq tak suka dia,, mungkin sampailah dia tak tegur aq langsung hingakan berselisih bahu pun dia tak tengok aq,, lagipun,, dia memang tak suka aq pun… dan dia pun dah ada awek mase tu,, budak sekolah u jugak,, selalu jugak aq tengok diorang dating.. (aq tak skodeng oke,,) so,, aq putuskan tu hanyalah liku hidup aq,, sehinggalah petang nie,, aq teringat balik kepada dua manusia yang pernah hadir dalam kehidupan seharian aq dulu,,

Walaupun sekarang nie tak banyak yang berubah kat aq,, aq masih lagi angap diorang kawan aq,, tak salah kan?? Nak kata aq syok sendiri,, suka hati lah,, aq Cuma teringat je,, aq doakan,, diorang sihat sekarang dan hidup dengan seadanya,, bahagialah hendaknya… ada jugak rasa nak jumpa balik diorang,, tapi bila difikirkan balik,, macamana kalau aq je yang ingat macan sekarang?? Diorang dah buang terus aq dari ingatran diorang kan?? Boleh jadi,, so,, ape yang aq boleh harap,, jadikan itu semua sebagai kenangan dan takdir allah yang tetapkan aq jumpa mereka…


IFFAH|ADEUL

Tuesday, March 5, 2013

KAMU



Pertama kita berjumpa,, hanya kebetulan...
aku terlihat dirimu sedang tertawa...
menbuat aku tertawan...

Lalu hari aku menjadi indah...
hanya dengan kelibat kamu,,
hati aku berdegup kencang....

Salam aku ucap,, didalam hati...
mengharap kamu mendengari...
sehingga kini,, kamu jauh dari diri ini...

KAMU..... yang selalu ku lihat..
KAMU,,,,, yang selalu ku damba....
KAMU..... yang selalu ku puja.....
KAMU............. yang berada di hatiku...

Tetapi,,,, itu semua hanya mimpi...
kamu telah dimiliki....
oleh dia yang juga teman ku....

aku lihat,, kamu ketawa denganya...
menbuat hati ku merana..
dan menangis tanpa air mata....

kini,, aku sedar,, kamu bukan untuk ku,,
melihat dia bahagia,,, menyedarkan aku,.
bahawa,, cinta tak mungkin dimiliki....



*i don't know how to sing,, or how to make a song,,, what i know is just spill it into a lyrics,, and hope it will be my love letters to you... 

IFFAH|ADEUL